"Hadiah yang paling
berharga dari Allah kepada hambaNya adalah apabila Dia mengurniakan kita
insan-insan yang hatinya berkehendak kepada Tuhan. Insan-insan inilah yang akan
bersama-sama meniti denai kehidupan yang akan berjalan seiringan, saling berpesan
pada kebenaran dan kesabaran, saling menjana iman dan kekuatan, setiap gerak
tindakan senantiasa menyedarkan erti hidup bertuhan dan insan-insan ini hatinya
rindu pada kebenaran dalam mengatur langkah meniti kehidupan mencari redha
Tuhan. Moga rahmat Allah sentiasa menyelubungi hidup kita."
HaDiAh BuAt Mu TeMaN
Lagu: Amar, Saffone dan
Saujana
Jalinan persahabatan kita
abadikan
sepanjang zaman
Berpanjangan dan berkekalan
Manisnya iman hidup didalam
perjuangan
Kasih sayang ku hadiahkan
buatmu teman
Untuk kau simpan
ingat-ingatan
Jadinya bekalan,
Perjalanan, hidup di dalam
perantauan
Gunung di daki, lembah sama
dituruni
Kita di uji
berulang kali
Tetap setia semati
Gelap ditempuhi,
Cerah sama disusuri
Cinta yang murni
Rahmat Ilahi
Hanya kita kecapi
Jalinan persahabatan kita
abadikan
sepanjang zaman
Berpanjangan dan berkekalan
Manisnya iman hidup didalam
perjuangan
Syukur padaMu Tuhan
Syukur kita dihadiahkan
Hadiah IMAN
Hadiah KASIH SAYANG
CINTA seorang teman
Dan syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pergorbanan dan kesetian
Tak mungkin ku lupakan
Allah..Allah..Allah..Allah 2x
Allah Allah..Allahu Allah 2x
Allah..Allah..Allah..Allah 2x
Allah Allah..Allahu Allah 2x
"Tiada kata yang lebih
bermakna melainkan kalimah Alhamdulillah dikurniakan sahabat yang sentiasa
mengingatkan kita tentang ALLAH dan perjuangan ISLAM"
"Dan Lagu diatas dan
kata-kata, doa dibawah ini adalah KHAS dan ISTIMEWA untuk kalian"
Ya Allah, jadikan kami
tenteraMu, Sesungguhnya tenteraMu adalah mereka yang menang, jadikan kami
perantaiMu, Sesungguhnya perantaiMu adalah mereka yang berhasil, jadikan kami
auliya'Mu keran auliya'Mu adalah mereka yang tidaka ada takut dan sedih
padanya.
"Pabila jalan ini yang
engkau dan aku tempuhi maka ikatan antara kita telah terpateri, bersaudaranya
kita lahir dari hati, hati yang merindui kebenaran yang hakiki, hati yang
berjuang kerana Ilahi, namun begitu badai yang menimpa tidak akan berhenti. Aku
memerlukan engkau untuk sentiasa mengingati, agar langkah yang diatur tidak kan
berhenti, agar aku yang merangkak bisa kan berlari, matlamat yang satu demi
mardhatillah pasti kan dikecapi."
"Padamu ukhti, kupinta,
peganglah tanganku ini agar ku bisa melangkah lagi hingga ke akhirnya tidak
akan berhenti. Maafkan daku, ku tak mampu mengharunginya tanpamu disisi, mari
bersama-sama berganding bahu, susah senang bersama, ku sayangmu kerana
Allah"
"Sinarkan hati kami
dengan hidayahMu, Kukuhkan hati kami, Kuatkan jiwa kami, Kuatkan ingatan kami,
Berikan sedikit kebijaksanaanMu pada akal kami untuk mentadbir alam ini. Ya
Allah, ceriakanlah hati-hati kami pada setiap hari.
Ya Allah, perindahkanlah
insan ini dengan hiasan ketakwaan, cantikkanlah dirinya dengan sepenuh
keimanan, pimpinlah jalannya pada kebenaran, hindarkanlah hatinya dari belenggu
hasutan syaitan, istiqamahkan dirinya pada kebaikan. Semoga dirinya dalam
jagaanmu selalu.
"Ya Allah, izinkan
sahabatku ini menjadi sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia,
harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana keimanan nan takwa, namun
keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi bahkan
perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki berjiwa sepi.
Wajahnya bukan mengundang dosa, kuharap Engkau tumbuhkan duri yang memagari
diri agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan harum sejati untuk
KAU mencalonkan dirinya sebagai BIDADARI syurgamu dan istiqamah serta kuatkan
dia menjalani dakwah ini."
Bukan mudah mempersiapkan
diri menjadi seorang pejuang, tenang sebagai perisai duka, segala derita dalam
perjuangan hadapi tanpa riak sangsi. Allah menjadi tempat mengadu, AlQuran
sebagai menawar kalbu, Rasul menjadi qudwah hasanah, sahabat-sahabat menjadi
peneman hikmah, tiada keluhan dan paksaan, hadapi dugaan penuh kerelaan, itulah
resam orang berjuang, segala kemenangan perlu pengorbanan, demi menyambung
perjuangan nabi, semoga kita terus istiqamah dijalanNya.
Kadang-kadang langkah ini
akan rasa terhenti, dugaan datang melemahkan diri, rasa kecewa dan berputus asa
menyerang qolbi, tak terdaya dan lemah lumrah insani. Wahai diri, kenapa
mengeluh tidak pasti? Bukan Allah tidak tahu niat dan usahamu yang suci, jangan
bersedih dan kecewa kerana gelora naluri, teruskan perjuangan nan murni, kelak
kecermerlangan akan mendatang, biar lambat asal bermanfaat.
Menjadi sebaik-baik hamba dan
khalifah bukan semudah memetik jari, Itupun belum pasti bisa berbunyi, Hakikat
insan memang penuh dengan kekurangan. Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk
memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Allah. Kita harus terus melangkah
meskipun dalam kepayahan. Kita kan khalifah, Mengapa mesti diuji dengan
perkara-perkara mudah, sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di
Jannah. Lalu, haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan
kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba? Ku cuba memujuk diri
"Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!! Tangisan itu pasti
tidak akan sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalanNya.
Sesungguhnya qalbu itu amat
sukar untuk dijaga dengan sebaik-baiknya. Ya Allah jauhkanlah kami dari segala
kegelisahan hati. Jika kami dalam keadaan sedih dan kecewa, Engkau sedarkanlah
kami dengar kebesaranMu. Engkau lindungilah kami daripada segala hasutan
syaitan laknatullah dan Engkau jauhkanlah kami dari segala fitnah manusia.
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar tangisan hamba-hambaMu.
Selami jalan PERJUANGAN
dengan benang UKHUWAH dan rasa KEHAMBAAN, nescaya kau akan MERASAI betapa kau
tidak KESEORANGAN dalam meniti ranjau DURInya. Nescaya kau akan mendapati
disebalik RACUN ada nikmatnya. Dekatkan diri dengan Allah.
Setiap sesuatu yang terjadi
dalam hidup kita merupakan satu kebaikan yang Allah tiupkan dalam diri manusia
itu, untuk menilai sejauh mana diri hambaNya mencariNya tika kesedihan,
kesusahan dan tika beroleh kesenangan. Carilah Dia didalam sujudMu, Pastinya
Dia tidak akan mempersiakan apa yang dihajati dalam hatimu.
Tarbiyyah Allah amat mahal,
Tidak semua kasih sayangNya terzahir melalui belaian. Adakalanya ketegasan
mampu mendidik kita lebih daripada kelembutan. Allah lebih memahami kita lebih
daripada segala makhluk didunia. Justeru, mengadulah padaNya, setiap titisan
airmata yang mengalir amat bernilai dan berharga disisi Allah.
"Insan yang membawa
Islam sangat besar amanahnya, seringkali diuji dan dibolak-balikkakn hatinya,
seringkali diragu-ragukan hatinya, Maka pintalah pada Allah agar ditetapkan
hati kita agar segala mehnahdan tribulasi mampu kita hadapi. Sekali berjuang,
selamanya berjuang!"
Ukhti, ku bangga melihatmu
derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian,
Ku bangga mendengar
tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu dalam pengkhiantan,
Ku tangisanmu kerana takutkan
Allah dari tangisanmu kerana percintaan, Ku bangga andai dikau syahid di medan
kebenaran dari hidup dalam kesesatan, kerana jangan lupa wahai ukhti, muliamu
bukan kerana pangkat, harta dan paras rupa atau populariti, tapi pada KETAQWAAN
& KEPATUHAN kepada Allah, kerana Islam yang kau junjung tinggi,
semarakkanlah perjuanganmu ya ukhti.
YA ALLAH.. tika Kau hadiahkan
aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah
hatinya berlapang dada menerimaku, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman
seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah
agamaMu,
Kau jadikanlah ukhwah ini
disemai atas redhaMu, Teguhkann ats cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan
hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu, Ya Allah, Bahagiakanlah hatiku
dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin ya Rabbal 'Alamin.
Jika Allah selalu bersamamu
dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan. Sesungguhnya segala
sesuatu yang menimpamu tatkala berjuang dijalanNya pebus dosa-dosanya.
Bergembiralah kerana kini dirimu terpilih untukNya. Ikhlaskan jiwamu, selagi
hayat dikandung badan, selagi sihat seluruh jasad, selagi ajal belum
mengundang, wakafkanlah dirimu, jiwamu serta hayatmu FISABILILLAH. Sungguh
hidupmu dan nyawamu hanya sekalicuma. Jadikan ia ladang pelaburan terbaik buat
membeli A-JANNAH.
Sebenarnya, kata-kata diatas
adalah kata-kata semangat dan doa dari sahabat-sahabat saya yang dikirim
melalui mesej, tetapi disebabkan inbox yang full jadi, saya rasa blog tersayang
adalah tempat yang sesuai untuk disimpan dan dikongsi bersama-sama mereka yang
lain. Sebenarnya banyak lagi, InsyaAllah mungkin akan diupdate lagi.
Kata-kata inilah yang
membuatkan hati dan diri ini bersemangat tatkala rasa "down".
Kata-kata inilah yang sentiasa memotivasikan diri tatkala jiwa runsing dan
buntu. Terima kasih atas mesej yang dikirim.
Semoga apa yang dikongsi
dipost ini, bermanfaat untuk seluruh makhluk ciptaannya.
Siapa lah saya, saya hanya
hambaNya yang kerdil lagi hina lagi insan yang serba kekurangan. Jika ada
kesalahan tegurlah diri ini. PEACE~
"Aku bukanlah terbaik
dikalangan kalian, tapi aku cuba untuk menjadi terbaik demi kehidupanku kelak,
aku sangat takut dengan dunia akhir zaman ini, yang penuh tipu daya, ujian
pancaroba, aku perlukan kekuatan, hati ini kadang lemah, cepat pula berbolak
balik, kadang mula resah memikirkan ketidakrelevenan dalam membuat keputusan.
Masih banyak yang perlu aku belajar.
TAPI yang aku pasti aku tahu matlamat dan tujuan hidup ini dan aku
sangat-sangat memerlukan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkanku tentang
matlamat hidupku" ^_^
-PERJUANGAN INI INDAH JIKA ADA MEREKA BERSAMA-SAMA KITA-
No comments:
Post a Comment