Monday, 18 April 2016

HATI (QALBU)

'' ...Kalau dapat jaga hati,lagi cantik''

20 January 2014 at 19:12
''..kalau dapat jaga hati, lagi cantik ''. Mesej daripada seorang sahabat. Semoga Allah merahmatinya,mencintai dan menyayanginya selalu.

zuppp. Terasa di dalam hati. Membekas. Mesejnya ringkas tetapi membawa pengertian yang mendalam. Terima kasih sahabat, lantaran kerana mesej itulah membuatkan saya terfikir, apa guna cantik di luaran kalau hatinya membusuk?Apa gunanya punya sebujur wajah yang diidam oleh setiap orang, tetapi hakikatnya hati sedang bernanah,membusuk dan jijik sekali? umpama sebiji kek lazat yang  terhidang di atas meja, hiasannya cantik mempesona,tetapi di dalam nya berulat? Naudzubillahi min zalik.

Betapa pentingnya menjaga hati, berikut di jelaskan oleh ust Fathi Yakan di dalam bukunya bertajuk BAHTERA PENYELAMAT DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH.

Kedudukan Hati Dalam Diri ( Dalam konteks sebagai seorang da'ie, yakni pendakwah )

Setiap da'ie hendaklah insaf bahawa pengisian hatinya hendaklah lebih diutamakan daripada segala-galanya. kalau jasad dan aqalnya diberi habuan dan ubatan untuk berfungsi dengan sempurna, maka demikianlah juga hati. Kerana dengan hati inilah ia menjadi seorang da'ie, ia menjadi mu'min yang sebenar. dengan hati ini juga ia boleh menjadi rabbani.

Kalau da'ie tidak bersifat abid dan tidak bersifat rabbani, maka tidaklah ada ertinya sama sekali, walaubagaimana tinggi pun ilmu dan ilmiahnya, sebab ilmu dan pengetahuannya tidak dibangunkan atas dasar takwa kepada Allah. 

Dalam konteks menjelaskan betapa tingginya kedudukan hati, Rasulullah s.a.w mensifatkannya sebagaimana berikut :

Manusia itu dua matanya (ibarat ) penunjuk, dua telinganya sebagai pemberi isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya ialah posmen, hatinya pula sebagai raja. kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya.

Tanda Hati Masih Hidup.

1. ) Ia masih boleh bergetar dan teralun oleh zikrullah, bacaan al quran dan berbagai ibadah lain. Firman allah :

'' Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut ''ALLAH'' , gementarlah hati mereka, dan apabila di bacakan kepada mereka ayat-ayat Nya, bertambahlah keimanannya dan kepada tuhanlah mereka bertawakkal ''  ( surah al anfal ; ayat 2)

2. ) Antara tanda lain yang menunjukkan hati masih hidup ialah kuatnya seseorang itu berpegang kepada agama, keberaniannya menyatakan yang haq, tidak takut kecuali kepada Allah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

''  Sesungguhnya di bumi Allah ini terdapat bejana-bejana ; iaitu hati-hati hambaNya. yang paling disayanginya ialah yang paling lembut, paling jernih, paling teguh. kemudian rasulullah menjelaskan lagi yang paling teeguh berpegang kepada agama, paling jernih keyakinannya dan yang paling lembut terhadap sahabat ''

3. ) Tanda seterusnya ialah takutnya seseorang itu terhadap Allah dan kemurkaanNya. Ia akan menjauhkan diri dari segala yang diharamkan oleh Allah dan mengelakkan dirinya daripada penderhakaan. Firman Allah di dalam surah al-a'raf ; ayat 201. mafhumnya :

'' Seseungguhnya orang-orang yang bertaqwa ketika mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka segera mengingati ''ALLAH'' dan ketika itu juga mereka sedar kesalahan-kesalahannya ''

Begitulah betapa pentingnya menjaga hati, apalagi apabila seseorag itu bergelar seorang da'ie. Berkenaan dengan menjaga hati, Saidina Umar pernah berkata :

'' Apabila ibadah tidak terasa kemanisannya, itu petanda hati telah dibebani dengan dosa mata. barangsiapa yang dapat menjaga pandangannya akan di beri kemantapan jiwa''



Cara Untuk Menjaga Hati :

1. Zikrullah
2. Muraqabatullah
3. Berjihad melawan nafsu


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment