Tuesday, 19 April 2016

UKHUWWAH SEMANIS COKLAT

sering kita ucap kepada sahabat kita
sering kita lafazkan pada mereka yang kita sayang
manis bicara, manis katanya
menusuk jauh ke dalam hati

apa tidak nya, ukhuwah terjalin kerana ALLAH
bertemu berpisah kerana ALLAH

ironinya kita, terbiasa dengan ungkapan ini bukan?

tapi

sejauh mana BENARNYA lafaz ini?
sejauh mana WUJUDNYA ungkapan ini dalam hati kita?

terkadang kita tidak sedar
ia hanya TERLAFAZ DI BIBIR bukan lahir DARI SEKEPING HATI

kenapa ana persoalkan?

cuba lihat

ketika sahabat dalam kesusahan sejauh mana kita membantu?
sejauh mana kita bersama sahabat menempuh kesusahan itu?

lihat lagi

ketika sahabat menangis kesedihan
di mana kah kita?
apa kita pergi meninggalkan dia atau duduk bersama menyulam kekuatan dalam jiwa sahabat kita?

lihatlah lagi

ketika kita perlu memilih antara sahabat dan sesuatu yang lain
siapa yang lebih kita UTAMAKAN?
selain keutamaan agama

dan lihatlah lagi

ketika sahabat kita menguji kesabaran kita
kita bersabar atau marah mencengkam hati? nafsu menjalar memburuk keadaan
mula berkata tidak baik, mula membuka aib..

dan

ketika kita sedang bergembira, bersuka ria
apakah kita bersama sahabat kita?
atau tinggalkan juga sahabat kita sendiri

dan lagi

sanggup pula kita menikam sahabat sendiri dari belakang
kerana cemburu dan dengki ats kelebihannya
ats apa yang dia miliki.

UHIBBUKI FILLAH
AKU SAYANG KAMU KERANA ALLAH

kerana sayang
harusnya kamu menarik sahabat mu dari neraka
kerana sayang
harusnya kamu berada disamping mereka tika suka dan duka
kerana sayang
sahabat kamu utamakan namun tidak melebihi keutamaan yg wajib diutamakan
kerana sayang
harusnya kamu sanggup bekorban demi sahabat kamu
kerana sayang
harusnya kamu membawa mereka ke syurga ALLAH swt
dan kerana sayang yang benar kamu ucapkan kerana ALLAH
buktikanlah LAFAZ ITU yang LAHIR DARI TULUSNYA HATIMU

itu bukan sekadar ucapan penyedap hati
itu bukan sekadar ucapan penjalin ukhuwah
itu bukan sekadar ucapan kebiasaan
itu bukan ucapan sebuah permainan tali persahabatan

besar MAKNANYA

FAHAMI APA ITU UKHUWAH FILLAH DAN ANA UHIBBUKI FILLAH
HAYATI LAFAZ ITU

ingatlah juga sahabatku, SAHABAT yang dipinjam ALLAH itu bukan selamanya MILIK KAMU
jangan ada cmburu jika mereka bersahabat dengan orang lain, DIA BUKAN MILIKMU. dia hanya PINJAMAN:')

SELAGI KAMU TIDAK MERASA MANISNYA UKHUWAH ITU SELAGI ITU KAMU TIDAK AKAN FAHAM APA ITU UKHUWAH FILLAH DAN APA ITU ANA UHIBBUKI FILLAH

No comments:

Post a Comment