Sunday, 17 April 2016

KEHIDUPAN KITA


Kita sering memandang ke langit..
Untuk mencari ke manakah hilangnya pelangi yang indah..
Hinggakan kadang-kadang kita lupa..
Kita lupa akan bumi yang kita pijak selama ini..
Tanahnya ada dan boleh dijumpai di mana-mana..
Tapi, kita tidak pernah gembira apabila melihat tanah..
Seperti mana kita akan tersenyum riang apabila munculnya pelangi yang indah selepas hujan..
Namun, sedarkah kita bahawa Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia?
Memang fitrah, kita sukakan kecantikan..Tak salah..
Bahkan Allah itu Maha Cantik dan sukakan kecantikan..
Namun begitu, jika kita renung kembali, dengan wujudnya tanah yang subur, kita dapat bercucuk tanam, menanam bunga sehingga bunga itu mekar indah menghiasi segenap penjuru alam..
Dengan tanah juga asal kejadian kita dan kepada tanah juga kita akan dikembalikan..tidak sedarkah kita?
Jarang sekali kita berfikir tentang semua ini..
Alam ciptaan Ilahi adalah guru terbaik untuk mengajar kita mengenai silibus-silibus kehidupan..

~
LiFe Is LiKe An OcEaN. YoU sIt AnD wAtCh ThE tIdEs Of LiFe ChaNgE, bUt YoU dIdN't ReALIsE tHaT tHe TiMe Is DrOwNiNg YoU. •°□

No comments:

Post a Comment