Tuesday, 19 April 2016

TINTA KELU DI BUMI SAKURA

Cinta kembali mekar memandang ke arah sebatang pokok wisteria yang menghiasi Taman Ashikaga Flower Park di Tochigi, Jepun.

Sambil memandang penduduk di situ, nafas ditarik dalam. Wah..leganya. Sejuk. Sesekali nafas dihembus ke tapak tangan. Terasa hangat.

Tiba satu suara menyapa, "Assalamualaikum Encik Umair, Termenung apa tu?". Susuk tubuh seakan pelakon korea Kim Soo-Hyun menegur.

"Owh! Terkejut aku. Kau ni Zaid, tak ada kerja lain ke?Tengok pemandangan ni haa..kat Malaysia mana ada..". Dia sengih sendiri. Lantas mengeluarkan Al-Quran kecil dari poket.

"Amboi..ingat kau termenung kat siapa tadi,almaklum orang dah nak nikah nanti".

"Aku terfikir tentang kita"

"Kita?". Zaid garu kepala yang tidak gatal.

"Yup, kita. Terutama aku. Banyaknya kerja dakwah aku belum siapkan. Aku tidak bersungguh. Rasa berdosa pada DIA. Kadang rasa putus asa sebab kawan-kawan lain selalu mengejek". Kini kepalanya mendongak ke atas.

"Owh..kau putus asa? Kau ingat mudah ke nabi bawa islam sampai pada kita harini?huh!"

Umair pandang rakannya itu. Lidahnya kelu.

"Alang kau ada Quran,cuba buka ayat 139 surah Al-Imran;

'Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah (pula) bersedih hati. Dan kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) sekiranya kamu orang-orang beriman'

Nah! Kau nak lemah lagi ke? Allah dah jamin dapat darjat yang tinggi". Sambung Zaid.

Kini,hatinya sentap.

"Allahu..err..tak. Alhamdulillah, aku rasa makin bersemangat! Arigatou gozaimasu Zaid!". Kain muffler dililit di leher untuk kurangkan sejuk.

"Teruskan berbuat Umair. Doi tashi-mashite!".

********


Kuatkan semangat.

No comments:

Post a Comment