Monday, 23 May 2016

NUKILAN KU DALAM MEMBISU

Pensil dan Pemadam.

Aku Pensil, Kau Pemadam.

Pemadam : Apa khabar kawan?
Pensil : Aku bukan kawan kau.

Pemadam : Kenapa?
Pensil : Kerana aku benci kau.

Pemadam : Kenapa kau membenci aku?
Pensil : Kerana kau suka padam apa yang aku tulis.

Pemadam : Aku tidak padam melainkan yang salah!
Pensil : Kenapa kau sibuk?

Pemadam : Aku pemadam, ini kerja aku.
Pensil : Ini bukannya kerja!

Pemadam : Kerja aku bermanfaat, macam kerja kau juga.
Pensil : Engkau salah dan sombong!

Pemadam : Kenapa?
Pensil : Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.

Pemadam : Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.

Pensil terdiam seketika, dan berfikir. Kemudian mengangkat wajahnya dengan lemah.

Pensil : Ya, kau benar.

Pemadam : Kau masih bencikan aku?
Pensil : Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku.

Pemadam : Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yang betul.

Pensil : Tapi aku lihat kau semakin kecil dari sehari ke sehari.
Pemadam : Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.

Pensil : Aku juga merasakan bahawa aku juga semakin pendek dari sehari ke sehari.
Pemadam : Kita tidak akan dapat memberi manfaat kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.

Pensil : Betapa mulianya kau.

Pensil dan Pemadam berasa gembira dengan kesedaran dalam diri masing-masing.

"Kenapa kita tidak berterima kasih terhadap orang yang telah memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan 'terima kasih' ?" .

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Tulislah yang baik dan bermanfaat untuk orang yang baca. Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil, semakin lama semakin pendek. - GM.

Manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment