Air mengalir laju,
Menuruni lekuk-lekuk yang cengkung,
Tanpa ada penghujung,
Kapan akan berhenti?
Menuruni lekuk-lekuk yang cengkung,
Tanpa ada penghujung,
Kapan akan berhenti?
Ku lihat awan yang berarak,
Indah,
Namun ku hanya mampu memandang,
Tidak bisa ku sentuh,
Apatah lagi memiliki.
Indah,
Namun ku hanya mampu memandang,
Tidak bisa ku sentuh,
Apatah lagi memiliki.
Burung berterbangan riang,
Apakah mereka tidak punya masalah,
Alangkah indahnya hidup jika begitu,
Setiap detik disulami warna ceria,
Tiada lagi saki baki duka.
Apakah mereka tidak punya masalah,
Alangkah indahnya hidup jika begitu,
Setiap detik disulami warna ceria,
Tiada lagi saki baki duka.
Huh.
Aku dan keluhan bagai isi dengan kuku,
Penat dengan dunia,
Letih dengan manusia,
Seolah-olah ingin cepat bertemu Pencipta,
Namun memikirkan amal yang seciput cuma,
Aku kembali ke dunia nyata.
Penat dengan dunia,
Letih dengan manusia,
Seolah-olah ingin cepat bertemu Pencipta,
Namun memikirkan amal yang seciput cuma,
Aku kembali ke dunia nyata.
Ya.
Siapa kata kau dihidupkan untuk disambut dengan segala nikmat dan kemewahan?
Kau hidup untuk merasai mati,
Tidak mahukah kau berbakti,
Sebelum tiba saat itu nanti?
Kau hidup untuk merasai mati,
Tidak mahukah kau berbakti,
Sebelum tiba saat itu nanti?
Luaskan pandangan sisimu.
Jika kau fikir kau tiada kasih sayang ibu bapa,
Bayangkan mereka yang lahir tanpa mengenal siapa orang tua mereka.
Bayangkan mereka yang lahir tanpa mengenal siapa orang tua mereka.
Jika kau rasa kau dibenci orang sekeliling kau,
Ingatlah manusia paling baik pun dibenci apatah lagi kau yang taklah baik mana.
Ingatlah manusia paling baik pun dibenci apatah lagi kau yang taklah baik mana.
Jika kau fikir kau miskin hina,
Tenunglah mereka yang tiada apa-apa langsung untuk dimakan.
Tenunglah mereka yang tiada apa-apa langsung untuk dimakan.
Jika kau rasa kau memiliki rupa yang tidak menarik,
Bagaimana pula dengan mereka yang langsung tiada wajah kerana rosak teruk?
Bagaimana pula dengan mereka yang langsung tiada wajah kerana rosak teruk?
Sudahlah.
Kalau kau rasa kaulah yang paling derita, kau salah.
Di luar sana akan ada beribu-ribu orang yang jauh lebih derita daripada kau.
Di luar sana akan ada beribu-ribu orang yang jauh lebih derita daripada kau.
Senyumlah.
Apa yang menimpa kau tak adalah teruk mana,
Kalau kau yakin,
Pertolongan Allah itu ada di mana-mana.
Apa yang menimpa kau tak adalah teruk mana,
Kalau kau yakin,
Pertolongan Allah itu ada di mana-mana.
Selama mana kau punya Allah, kau punya segalanya.
No comments:
Post a Comment